Seorang Wanita Terdesak Untuk Curi Tabung Masjid Demi Untuk Beli Makanan

ISU SEMASA

Seorang wanita yang telah membelanja’kan wang Tabung di masjid dengan menggunakan untuk membeli makanan serta menambah panggilan taklian telefon.Kejadian ini berlaku di Padang Besar, 31 Ogos – Seorang wanita berusia 28 tahun telah ditahan polis dari IPD Padang Besar kerana disyaki terlibat dalam kes menc’uri tabung masjid di Masjid Padang Pauh, dua hari lalu. Suspek yang mengaku telah mengambil tabung Masjid Padang Pauh itu, telah memec’ahkan tabung tersebut di dalam sebuah tandas di Nat Santan.

Suspek juga ada memberitahu polis dia telah membelanjakan kesemua wang tersebut untuk mengisi minyak motorsikalnya, selain dari membeli makanan dan menambah nilai panggilan talian telefon.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Kese’ksaan kerana mencu’ri dalam bangunan.

Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah ataupun penyeludupan daun ketum dengan menghubungi talian hotline IPD Padang Besar yang beroperasi 24 jam 04-9491481 berserta dengan maklumat lengkap dan identiti anda akan dirahsiakan. Kredit: Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar

 

 

sumber:buletin3.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *