SubhanAllah!!! Angkasawan Terkejut Melihat Makkah Dan Madinah Tempat Paling Bercahaya Pada Waktu Malam. !!

ISU SEMASA

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam selepas Makkah dan sebelum Baitulmuqaddis. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Muhammad. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Muhammad. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

Kini seorang lagi Angkasawan menyatakan tentang betapa menakjubnya Kaabah dimana Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas.

“Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari.

Imej Mekkah, Madinah yang begitu terang diambil dari Angakasa Lepas

“Tetapi, sebelah malam, ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu.

“Yang mengejutkan saya, ialah Makkah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam,” kata angkasawan Anatoly Ivanishin.

Menurutnya, bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga. SUBHANALLAH Cantik..

Permandangan atas Mekah dan Madinah dari stesen angkasa lepas(ISS) yang dimuatnaik oleh seorang angkasawan Rusia,Anton Shkaplerov dilaman Twitter miliknya.

sumber : ApaCerita via sakobapress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *