Aplikasi MySejahtera Terbaru ,Ada Fungsi ”Check -out” Dan Boleh Kesan Status Vaksin Anda

ISU SEMASA

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap aplikasi MySejahtera bermula malam ini.

Berdasarkan tangkapan layar yang dikongsi oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, daftar masuk pengguna pada skrin akan menunjukkan bukan hanya status risiko Covid-19, malah juga status vaksinasi mereka.

“Pasukan MySejahtera akan melakukan pembaharuan malam ini untuk memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi mereka. Ini akan memudahkan hidup bersama Covid-19.

“Akan terus dikemas kini dan perbaiki aplikasi ini selama beberapa minggu mendatang,” katanya di Twitter.

Sebagai tambahan, butang ‘daftar keluar’ telah ditambahkan untuk melengkapi fungsi ‘daftar masuk’ ke aplikasi itu. Khairy berkata ini bagi meningkatkan pengesanan kontak.

“Setelah meninggalkan sesuatu tempat, ingat untuk check-out. Anda hanya perlu tekan butang – tidak perlu scan, ”katanya.

Status vaksinasi adalah penting kerana individu yang diberi vaksin sepenuhnya menikmati kebebasan yang lebih luas di bawah perintah sekatan yang dikuatkuasakan di seluruh negara.

Bagaimanapun, status vaksinasi seseorang pada masa ini tidak ditunjukkan dengan jelas pada aplikasi MySejahtera.

Sebaliknya, ia memerlukan beberapa langkah untuk melihat pada paparan skrin telefon pintar untuk meneliti sijil vaksinasi pengguna.

Sijil itu hanya menunjukkan tarikh setiap dos vaksin yang diberikan, oleh itu seseorang yang memeriksa sijil berkenaan harus mengira jumlah hari yang telah berlalu.

Untuk rekod, seseorang individu dianggap telah diberi vaksin sepenuhnya 14 hari selepas dos kedua vaksin diberikan. Bagi vaksin dos pertama, waktunya adalah 28 hari selepas vaksin diberikan.

Ini bagi memberikan masa secukupnya agar imuniti vaksin menjadi matang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *