2 Saintis Muslim Pengasas Vaksin Pfizer Iaitu Dr Ugur Sahin & Dr Ozlem Tureci

ISLAMIK

Perusahaan farmasi terbesar di Amerika Serikat (AS) Pfizer mengumumkan vaksin yang dikembangkannya efektif 90% mencegah penularan virus Corona (COVID-19). Vaksin pfizermenggunakan teknologi rekayasa genetika yang bertujuan melihat genom RNA virus.

Vaksin ini teruji untuk usia 16-85 tahun. Uji klinis telah dilakukan dengan menyuntikkan vaksin pada 43.500 orang di enam negara dan diklaim tidak ada masalah serius pada fase akhir uji coba.

Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar 0nkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’.

Dia beragama Islam dan berasal dari Turki dan berh1jrah ke Jerman dan menamatkan semua pengajian universiti di sana. Dia berkahw1n dengan isterinya di Jerman, Dr Ozlem Tureci, juga se0rang Islam berketurunan Turki.

V4ksin Pfizer yang menggunakan teknologi mRNA adalah bebas khinzir dan hasil dari penyelidikan syarikat BioNTech milik beliau dan Pfizer. Pada asalnya, syarikat ini menumpukan kajian imunoterapi dalam pesakit kanser.

Pasangan suami isteri ini adalah antara individu terkaya di Jerman dengan nilai aset melebihi RM 20 Billion. Walaupun kedua mereka adalah bili0nair, mereka tidak memil1ki kereta dan memilih untuk mengayuh basikal ke makmal tempat kerja.

Mereka amat berdisiplin dan berdedikasi dengan penyelidikan hinggakan kembali ke makmal sebaik sahaja selesai bernikah untuk menyambung kerja-kerja makmal.

Menariknya, V4ksin juga mula dipopularkan oleh doktor-doktor Islam di Turki semasa zaman empayar Otoman. Amalan ini diperhatikan oleh isteri duta British di sana, Lady Montagu dan dia menulis surat kepada saintis British untuk dikaji kerana berkesan menghentikan penyakit smallpox. Bermula dari itu, saintis British telah mengembangkan amalan vaksin dan terbukti berkesan.

Tentu orang-orang Turki menghargai pencapaian beliau dan sumbangannya dalam perubatan memberikan kesan yang besar impaknya di seluruh dunia.

Sebenarnya, kisah menakut-nakutkan orang bagi kesan buruk V4ksin atau teori konspirasi adalah tidak berasas. Begitu juga kononnya ada ‘cip’ yang diletakkan untuk ‘mengesan manusia’ hanyalah cerita karut yang disalut gula dan garam.

Hakikatnya vaksin adalah usaha ker4s melalui kaedah saintifik yakni menurut hvkum alam dan tentunya usaha sebegini mendapat pahala yang bes4r dari Allah swt.

Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 32, “Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

Seharusnya begitulah hidup yang baik bagi seorang Muslim – memberikan seluruh hidupnya untuk kebaikan manusia dan bukan menghabiskan masa menghukum orang itu akan ke neraka dan sebagainya sedangkan diri sendiripun belum tentu akhirnya. Mereka yang amalannya baik dan besar impaknya tentu besar ganjarannya di akhirat.

Ketahuilah fakta sebenar dan janganlah percaya penyebar dakyah vaksin dan teori konspirasi kerana mereka sebenarnya mahu menjual produk tertentu dengan kaedah pemasaran menakvtkan manusia dengan keraguan dan cerita bohong.

Tiada konspirasi vaksin melainkan usaha keras dari pelbagai negara menghasilkan vaksin kerana ia adalah jalan keluar bagi menghentikan musibah ini. Yang ada hanyalah konspirasi di kalangan penjual produk yang mahu memperkenalkan produk mereka sebagai alternatif atas vaksin yang mereka takutkan.

 

Dr Alzamani Mohammad Idrose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *