”Ruhainies Idamkan Lelaki Yang Boleh Pimpin Ke Syurga, ”

ISU SEMASA

Pelakon Ruhainies kini sering diasak dengan pertanyaan tentang gilirannya untuk berumah tangga selepas kakaknya sudah pun mendirikan rumah tangga.

Namun, sejak kebelakangan ini Ruhainies dilihat sudah lama tidak memuat naik sebarang perkongsian mengenai kekasih hatinya yang dikenali sebagai Mr E.

Semalam, Ruhainies menerima pertanyaan daripada peminatnya yang ingin mengetahui cita rasa pelakon itu dalam memilih pasangan sama ada sukakan lelaki berdarah campuran atau tidak.

“Kakak suka lelaki Melayu macam Hindustan atau Korea, tolong jawab kakak,” tulis peminatnya.

Menjawab soalan tersebut, Ruhainies berkata dia tidak kisah dengan rupaparas seseorang kerana menyedari dirinya tidaklah secantik mana, asalkan lelaki itu seorang yang bertanggungjawab.

“Saya tak kisah sangat fasal rupa. Saya pun bukannya elok mana. Asalkan boleh menjaga saya dan seorang yang bertanggungjawab. Paling penting, dia boleh pimpin saya ke syurga,” jawabnya.

 

 

sumber: Roti kaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *