Akibat Sebar Video Tak Benar Tentang Vaksin, Suri Rumah Dide’nda RM12K

ISU SEMASA

KUALA LUMPUR:Akibat daripada penyebaran video tidak benar mengenai vaksin seornag suri rumah dide’nda RM12,000 selepas mengaku sal’ah di Mahkamah Seksyen pada hari ini.

Hakim M. M Edwin Paramjothy mendenda Tengku Noor Azlin Wa Kembang Tengku Azizan, 46, selepas wanita itu selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan terhadap pertudu’han yang dibacakan.

Wanita tersebut boleh dikenakan hukuman penja’ra selama enam bulan jika gag’al membayarnya. Denda itu kemudian dijelaskan.

Sebelum menjatuhkan huku’man, mahkamah berpuas hati bahawa kesala’han yang dilakukan OKS berkemungkinan mendatangkan kebimbangan kepada orang awam sekaligus membantutkan usaha kerajaan memerangi pandemik.

“Tempoh masa kesa’lahan yang dilakukan adalah ketika kerajaan bertungkus-lumus menjalankan program vaksinasi secara menyeluruh untuk membas’mi penularan wabak Covid-19, ” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, Tengku Noor Azlin didakwa menyebarkan berita tidak ben’ar melalui satu hantaran video yang bertajuk ‘Siapa yang dah  daftar! Lelaki ini bongkar bahay’anya vaksin Covid-19? dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam.

Suri rumah itu didakwa berbuat demikian melalui perkhidmatan Facebook menggunakan nama profil ‘Kak Siti Wakembang’.

Hantaran itu dibuat pada 25 Mei lalu pukul 11.44 malam yang kemudian dibaca pada 3 Jun lalu pukul 8.30 pagi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.

Berikutan itu pertudu’han dikemukakan mengikut Seks’yen 4(1) Ordinan Darurat (kuasa-kuasa perlu)(No.2 ) 2021 yang memperuntukkan hukuman de’nda maksimum RM100,000 atau pen’jara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu OKS yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan huku’man dengan alasan tidak bekerja dan hanya seorang suri rumah.

“Saya mengaku bersa’lah dalam kes ini. Niat saya bukan untuk menularkan (video) sebaliknya untuk sahabat saya komen dan pendapat mereka dengan video itu,” katanya

Tindakan OKS telah menimbulkan kebimbangan kepada  negara sedangkan negara ketika ini sedang berperang melaw’an covid-19, justeru itu, Pengarah Pendak’waan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Kalmizah Salleh memohon agar OKS dikenakan huk’uman yang setimpal  – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *