Dalam Diam Caprice Buat Jih’ad Melalui Lagu, Netizen Pula Persoal Tinda’kannya

ISU SEMASA

Penyanyi Rap Caprice meluahkan benar-benar rindukan keluarga dan perniagaannya serta bakal pulang ke Tanah air tidak lama lagi setelah dua bulan menetap di Jordan.

Caprice memang sudah lama mempunyai impian untuk memasuki ke Gaza namun tidak kesampaian, walaupun begitu , setelah sekian lama beliau di Jordan , banyak teman-teman yang telah membantunya merealisasikan misinya disana.

Perkongsian terbaru Caprice di IG Story menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video pendek dirinya menaiki kenderaan Range Rover difahamkan untuk video klip lagu terbarunya.

Video tersebut dimuat naik oleh netizen di laman Twitter yang mempersoalkan adakah itu jih’ad penyanyi rap itu dengan menghasilkan lagu bersama artis di negara tersebut?

Malah, ada segelintir netizen mempersoalkan kembali apa tujuan Caprice ke negara tersebut. Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mencadangkan kepada penyanyi rap itu untuk membuat penggambaran di Pantai Klebang Melaka yang turut mempunyai tempat seperti padang pasir.

Sementara itu, menerusi beberapa perkongsian lain, Caprice turut memuat naik foto mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat-sahabatnya di sana sebelum pulang ke Malaysia.

 

 

credit rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *