Kanak-kanak 2 Tahun Divaksin Walaupun Tak Diiktiraf WHO

ISU SEMASA

HAVANA: Sebuah negara yang pertama yang telah menjalankan program Vaksinasi Covid-19 iaitu di negara Cuba melibatkan kanak-kanak yang berusia dua tahun.

Bagaimanapun Cuba didakwa menggunakan vaksin keluaran tempatan yang tidak diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Negara komunis dengan 11.2 juta penduduk itu merancang untuk memulakan program vaksinasi terhadap kanak-kanak sebelum pembukaan semula sesi persekolahan yang ditutup sejak Mac tahun lalu.

Sesi pembelajaran bermula semalam melalui TV pendidikan kerana kebanyakan penduduk Cuba tidak mempunyai akses internet.

Selepas menyelesaikan ujian klinikal pada kanak-kanak dengan vaksin Abdala dan Soberana, Cuba memulakan kempen pemvaksinan kepada golongan itu pada Jumaat lalu, bermula dengan mereka yang berusia 12 tahun ke atas.

Semalam, Cuba memulakan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak dari usia dua hingga 11 tahun di wilayah Cienfuegos.

Tempoh percubaan terhadap kanak-kanak 12 tahun telah dijalankan dibeberapa negara lain termasukla memulakan vaksinasi kanak-kanak dari usia 12 tahun.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *