Mohon Sebelum 30 Oktober 2021- Permohonan Bantuan RM2,000 Pelajar di Negeri Sabah

ISU SEMASA

Bantuan Tunai Pendaftaran  IPT  iaitu BUDI telah diumumkan oleh kerjaan Negeri Sabah secara one-off khas untuk anak kelahiran sabah yang dapat peluang meneruskan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT )

BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT (BUDI)
BUDI adalah inisiatif kerajaan Negeri Sabah dalam membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS khususnya kepada golongan B40 dan M40.

Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM2,000 secara one-off.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Oktober 2021.
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN BUDI
1. Terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT seluruh Malaysia yang diiktiraf kerajaan.

2. Pelajar berasal dari negeri Sabah dan umur tidak melebihi 25 tahun.

3. Ibu bapa pemohon atau penjaga adalah B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 ke bawah.

4. Pemohon adalah pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja.

5. Tidak mendapat tajaan biasiswa daripada kerajaan negeri atau institusi lain.

6. Mendapat pengesahan kemasukan di IPT pemohon.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  • Permohonan secara manual boleh muat turun borang DI SINI dan hantar ke:

 

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh layari https://mttk.sabah.gov.my/ atau menghubungi:

Puan Rosni Leong – 088369865

Puan Mari – 088369890 / 088369872

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *