Remaja Tidak Divaksin Lebih Terdedah Rad’ang Jant’ung Bila Positif Covid-19 – KJ

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Menurut kata Menteri Kesihatan , Khairy Jamaluddin mereka terutama remaja yang tidak divaksin mempunyai risiko rad’ang ja’ntung apabila dijangkiti Covid-19

Bercakap kepada pemberita di Tawau, Sabah, Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kes rad’ang jan’tung dalam kalangan remaja yang dijangkiti Covid-19 adalah 37 kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang tidak dijangk’iti.

“Jadi kes sangat kecil. Kajian berdasarkan risiko dan kebaikan kita dapati bahawa untuk permulaan pada usia 16 hingga 17 tahun, kebaikan jauh lebih besar daripada risiko kecil yang ada dalam kesan sampingan di negara lain,” katanya.

Beliau berkata, di Amerika Syarikat, hanya 450 kes daripada satu juta penduduk remaja yang telah divaksinasi berdepan masalah rada’ng jantu’ng.

Khairy berkata, remaja di Sarawak adalah yang pertama di negara ini akan mula menerima vaksin Covid-19 secara berperingkat mulai esok.

Ia akan diikuti beberapa negeri lain dan Wilayah Persekutuan yang sekurang-kurangnya 80% daripada penduduk dewasa sudah menerima vaksinasi seperti Labuan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, yang bersama Khairy pada program di Tawau hari ini berkata, untuk permulaan remaja 16 dan 17 tahun di Sarawak membabitkan 76,400 penerima akan mula divaksin, begitu juga remaja berusia antara 12 hingga 15 tahun yang berisiko.

Ia kemudian akan diberikan kepada remaja lain bermula dari usia 14 dan 15, diikuti 12 dan 13 tahun.

Ketika ini hanya vaksin Pfizer digunakan bagi vaksinasi membabitkan remaja.

 

 

 

sumber: FMT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *