”Terlalu Bia’dap Dan Bang’sat Anggap Saya Makan Duit Arwah Abang Saya” Ali Puteh

ISU SEMASA

KUALA LUMPUR: Ali Puteh iaitu pelawak terkenal di negara kita ditud’uh menggunakan duit milik arwah abangya Abam Bocey.

Jelas Ali atau nama lengkapnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, komen yang ditinggalkan oleh pengguna berkenaan disifatkan mela’mpau dan berharap individu itu segera bertaubat.

“Ya Allah masih ada lagi manusia begini hidup di muka bumi ini. Kalau masih hidup cepat-cepatlah bertaubat. Takut esok-esok pergi ke negeri abadi masih tidak dapat maaf daripada saya.

“Terlalu bia’dap sangat sampai kata saya makan duit arwah abang saya (Abam). Macam manalah nak cari manusia ini., tersangat biadap, kategori ban’gsat!” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, dalam perkongsian tangkap layar yang dimuat naik pada hantaran tersebut, Ali juga memaklumkan dia bakal menimang cahaya mata ketiga pada penghujung tahun ini.

Menjengah ruangan komen, majoriti sebulat suara menasihati Ali supaya tidak ambil pusing dengan komen “kotor” itu. Malah, pelayar dan rakan-rakan artis terus memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *