”Varian Baru Ditemui, Kena Bersedia Melawan Varian MU, Lebih Bahaya, Dan Kebal Vaksin”- Ahli Viorlogi

ISU SEMASA

GEORGE TOWN:Dengan kemunculan varian baharu baru-baru ini, ahli virologi mencadangkan agar kajian dibuat secara terperinci terhadap Covid-19, ini adalah kerana varian yang baru ditemui iaitu varian Mu ini adalah sangat berbahaya dan mampu melawan keberkesanan vaksin.

Varian Mu diisytiharkan sebagai varian kelima yang perlu diawasi minggu lalu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas ia dikesan di 39 negara.

Ahli virologi yang juga pensyarah kanan di Universiti Monash, Vinod Balasubramaniam, berkata kajian terhadap varian baharu masih lagi dilakukan tetapi negara harus berwaspada memandangkan varian terbabit boleh muncul di negara ini pada bila-bila masa.

Katanya, beberapa kes terbaru yang dilaporkan di Jepun dan Korea Selatan menandakan kehadiran varian itu semakin hampir.

“Ia tidak akan mengambil masa yang lama dan hanya beberapa minggu sahaja sebelum kita melihat kehadiran varian ini di Malaysia sekiranya langkah ket’at tidak dilakukan segera,” katanya.

Vinod berkata penjujukan genom dan tempoh kuarantin yang ket’at terhadap pengembara dari luar negara adalah kunci utama untuk mengha’lang kemasukan varian ini ke Malaysia.

Beliau mencadangkan penjujukan genom mudah alih ditempatkan di lapangan terbang dan pintu masuk utama sempadan untuk mengesan kemungkinan kes terbabit.

Vinod berkata, penggembara juga perlu menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan penjujukan genom itu.

Katanya, sampel genom perlu dilakukan terhadap pesa’kit Covid-19 yang mening’gal dunia di luar hospital (BID).

Menurutnya, kadar pensampelan di negara ini masih lagi di antara yang terendah di rantau ini biarpun kadar positif Covid-19 adalah 15%, iaitu tiga kali lebih tinggi berbanding saranan WHO.

Katanya, kementerian melakukan kesilapan dengan melakukan kajian klinikal vaksin yang menyebabkan kelewatan selama tiga bulan biarpun kajian di luar negara telah membuktikan keberkesanan vaksin.

Pada Julai, Dewan Rakyat diberitahu bahawa kapasiti penjujukan genom negara berada pada paras 0.17%, berada jauh di belakang negara jiran iaitu Singapura (6%), Kemboja (0.82%), Thailand (0.43%) dan Vietnam (0.13%).

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mengumumkan akan melakukan pensampelan genom terhadap 3,000 sampel bermula Ogos menerusi satu konsortium yang menelan belanja sebanyak RM3 juta.

 

 

SUMBER:FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *