Jurutera Ma’ut Kesan Ced’era Tumbuk Cermin Masjid Terte’kan Tak Dapat Jumpa Keluarga Akibat PKP

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Kejadian berlaku di Johor , dimana seorang lelaki bera’ng pintu masjid ditutup lalu menu’mbuk pintu cermin hingga pecah, kesan daripada keced’eraan pada pergelangan tangan serta kaki kanan menyebabkan man’gsa mening’gal dunia. Man’gsa menetap di rumah sewanya Taman Scientex, Pasir Gudang di Johor.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 28 tahun itu pada malam sebelumnya dikatakan menga’muk di Masjid Taman Scientex berhampiran rumahnya apabila mendapati pintu masjid berkenaan ditutup selepas Isyak.

“Dia bertindak menum’buk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pe’cah, menyebabkan tangannya berlum’uran da’rah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan da’rah. Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu telah menum’buk sebanyak dua kali pintu cermin itu sehingga pe’cah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal turut mendapati kakak lelaki terbabit memaklumkan bahawa adiknya yang merupakan jurutera kimia sebuah syarikat berada dalam keadaan terte’kan kerana tidak dapat melawat keluarga di Kuala Berang, Terengganu kira-kira enam bulan.

Katanya, polis menerima makluman mengenai lelaki itu pada 7.35 pagi Ahad dan ma’yat telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah luk’a par’ah di pergelangan tangan kanan saluran darah arte’ri dan urat tendon terpu’tus akibat tumbu’kan pintu cermin kaca. Kes diklasifikasi sebagai kes ma’ti mengejut,” tambah beliau.

 

 

sumber: FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *