[VIDEO ] Lelaki Hayun Sa’bit Diatas Kereta Peronda

Uncategorized

GOPENG: Rakaman video seorang lelaki bertindak agre’sif dengan berdiri di atas kereta peronda polis sambil menghay’un sab’it tular dalam media sosial hari ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan Balai Polis Gopeng sekitar pukul 8 pagi.

Tindakan lelaki yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans itu dirakam orang awam di sekitar lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.

Video berdurasi 43 saat itu memaparkan lelaki terbabit berdiri di atas bumbung kereta peronda polis sambil menje’rit dan mengha’yun ga’lah bersabit.

Menerusi video tersebut, beberapa anggota bomba dilihat membuat semburan air ke arah lelaki itu yang menyebabkan dia turun dari kenderaan sebelum berlaku pergel’utan dan suspek akhirnya ditang’kap.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi memaklumkan akan berkongsi maklumat kejadian itu kepada media. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *