Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan Telah Menghembuskan Nafas Terakhir – Al Fatihah

ISU SEMASA

PETALING JAYA – Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan ialah seorang bekas pengarah Jabatan Si’asatan Jena’yah Bukit Aman telah mening’gal dunia pada pukul 10.15.

Difahamkan jen’azah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman di ibu negara untuk disembah’yangkan sebelum dikebu’mikan di Tanah Perkub’uran Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Khabar duka itu turut dikongsi Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Abdul Aziz menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau sebentar tadi.

“Saya mendapat berita Tan Sri Zaman Khan baru saja meninggalkan kita. Moga ro’hnya ditempa’tkan bersama para anbia dan para solihin. Bacalah al-Fatihah untuk Tan Sri,” tulisnya.

Beliau dalam coretan sebelum itu menyifatkan Allahyarham sebagai seorang daripada tokoh Polis Diraja Malaysia yang dikagumi sejak di bangku sekolah.

“Apabila saya bangkit dalam kerjaya, saya bersua dengan Tan Sri, kadang-kadang sebagai rakan ahli panel, kadang-kadang sebagai teman untuk saya mendengar nasihat.

“Saya menjadi lebih rapat dengan Tan Sri apabila kami sama-sama berkhidmat dalam Majlis Dakwah Negara. Tan Sri sentiasa bersemangat bercerita tentang keselamatan negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *