Rezeki Lelaki 17 Tahun Dapat Nikah Dua Isteri

ISU SEMASA

JAKARTA – Baru-baru ini tular di media sosial dimana seorang lelaki 17 tahun telah melangsungkan pernikahan dengan dua orang wanita dalam hari yang sama hanya selang dua jam menurut laporan dari berita.com

Remaja dikenali sebagai Supandi itu  menikahi Annisa, 17 dan Sangkut yang juga berumur  17 tahun. Ketiga-tiga  mereka berasal dari kampung yang sama.

Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga mereka sememangnya mempunyai hubungan yang rapat sejak beberapa tahun lalu.

“Kedua-dua datuk pengantin perempuan ialah adik-beradik.

“Pernikahan mereka telah dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan,” kata Wildan.

Upacara akad nikah pertama antara Supandi dan Annisa dilangsungkan di rumah keluarga gadis itu pada pukul 1 petang (waktu tempatan), manakala akad nikah bersama Sangkut dilakukan di rumah gadis itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Pernikahan itu direstui oleh kedua-dua keluarga.

“Bagaimanapun, mereka hanya melakukan upacara akad nikah kerana majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan,” ujar Wildan.

Sementara itu, Wildan berkata, pemerintah kampung telah mengingatkan ketiga-tiga pengantin baharu itu bahawa pernikahan tersebut dikategorikan sebagai perkahwinan bawah umur.

“Bagaimanapun, semua keluarga terlibat mempersetujui pernikahan itu dan mereka perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing,” ujarnya. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *