Perginya Seorang Tuan Guru Ustaz Haji Muhammad Mursal Muchtar Menabur Bakti Sejak Tahun 1980

ISLAMIK

Sabah, Malaysia –  Tuan Guru Ustaz Muhammad Mursal datang ke Sabah pada 8 Mei 1980 dan beliau berasal dari Minangkabau. Tuan Guru telah kembali ke Rahma’tullah pada sabbtu, 11 September 2021 pada usia 70 tahun. Taman Perkuburan Sempelang merupakan tempatan pengkebum’iannya dan  Jenaz’ahnya akan disemadikan selepas asar.

 

Beliau berkuliah maghrib dan subuh di Masjid Negeri Sabah, khususnya subjek tafsir dan tasawwuf puluhan tahun sehingga tahun 2016.
Di Masjid Bandaraya beliau juga pernah mengisi slot kuliah maghrib sekitar 15 tahun. Selain itu pernah juga berkuliah di Masjid Kg Sembulan dan Surau Taman Sempelang Kota Kinabalu.

Ustaz Mursal telah meninggalkan lapan orang anak-anak yang soleh dan solehah, janazahnya dimandi, dikafan, diimamkan solat oleh anak-anaknya. Mereka menyambut tubuh ayahnya untuk disema’dikan di liang lahad dan salah seorang mereka membimbing bacaan talqin dan doa.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه. أسكنا وإياه بفضل جنتك جنات النعيم.

Sumber :PencintaUlamaAkhirat via elewschannel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *