2,500 Guru Yang Eng’gan Divaksin KPM Akan pindahkan Ke Sekolah Lain?

ISU SEMASA

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan menegaskan pembelajaran bersemuka akan dimulai pada 3 Oktober secara berperingkat mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya, pembukaan secara berperingkat itu bagi memastikan pelajar dapat hadir ke sekolah dan mengikuti proses pembelajaran dalam keadaan selamat.

Namun, kerajaan juga turut menggesa agar semua guru untuk mendapatkan suntikan vaksin sebelum memulakan tugas dan kembali ke sekolah.

Namun, terdapat juga tenaga pengajar yang eng’gan menerima sunt’ikan dan dikatakan terpeng’aruh dengan berita pa’lsu melibatkan vaksin.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, guru yang eng’gan menerima vaksin tanpa alasan kesihatan akan ditempatkan di ruangan khas.

Tambahnya, kawasan khas bagi kumpulan tenaga pengajar terbabit akan diasingkan daripada warga pendidik yang sudah lengkap vaksinasi serta murid.

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti tindakan susulan yang akan dikenakan terhadap kumpulan guru itu. Namun masih belum memuktamadkan sebarang jenis tindakan.

Menerusi rekod KPM, kira-kira 2,500 guru dikenal pasti engga’n vaksinasi tanpa alasan kesihatan. Angka ini selepas kita tolak jumlah guru yang belum boleh divaksin atas alasan kesihatan.

Secara umumnya, mereka juga tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di kelas, selain perlu membuat tugasan yang akan ditentukan kemudian. Cadangan pindahkan ke sekolah risiko rendah.

Mengenai cadangan memindahkan mereka ke sekolah berisiko rendah, Mohd Radzi berkata, pihaknya sedang meneliti pendekatan terbaik bagi keselamatan semua pihak.

Jumlah guru yang eng’gan divak’sin adalah seramai 2,500 daripada 50,000 dalam ekosistem KPM dan ia adalah sedikit. Kita sedang meneliti pendekatan terbaik.

Selain itu, beliau juga akan mengumumkan jika ada sebarang perkembangan berkaitan saringan berkala ke atas guru yang eng’gan divaksin.

Tambahnya, Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan memberikan maklumat kemaskini mengenai jumlah murid yang sudah divaksin seiring dengan program vaksinais remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

 

SUMBER: Berita harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *