Suami Reda Isteri Yang Sarat Mengan’dung Dan Anak Lapan Bulan Mening’gal Dunia Akibat Tanah Run’tuh

ISU SEMASA

KOTA KINABALU: Seorang pekerja pusat binaan di sini, reda dengan takdir menim’pa bayi dan isterinya yang mening’gal dunia dalam kejadian tanah run’tuh di Forest Hill, Jalan Bundusan, di sini, hari ini.

Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan bayi lapan bulan ma’ut dalam kejadian tanah runtuh di kuarters pembinaan kondominium Forest Hill di Penampang, petang tadi.

Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, tiga lagi termasuk kanak-kanak berusia satu serta tiga tahun terselamat dalam kejadian itu.

Katanya, mangsa yang ma’ut dikenali sebagai Salma Hamid, 25, Rosatima Asbirin, lima, dan Dayana Zulazmil, lapan bulan, manakala mang’sa terselamat adalah Juliana Zulazmil, setahun, Norsirah Asbirin, tiga, dan Risdah Jabin, 22.

“Bomba menerima panggilan kece’masan mengenai kejadian itu pada 3.57 petang yang memaklumkan berlaku tanah run’tuh di kawasan berkenaan.

“Setibanya di lokasi terdapat dua man’gsa yang disahkan mening’gal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Penampang Mohd Harus Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang dilanda banjir kilat dan tanah run’tuh akibat hujan lebat sejak tengah hari tadi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *