Budak Berumur 1 Tahun Ditemui Ma’ti Lemas Di Sungai

ISU SEMASA

MARAN –kejadian berlaku di Felda Jengka 4 dimana seorang budak lelaki yang berumur 1 tahun hilang semasa mengikuti ayahnya ke sebuah ladang kelapa sawit ,budak lelaki tersebut ditemui telah lem’as di Sungai Jempol.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa, Muhammad Abdullah Saiful Bahari bersama kakak dan abangnya yang berusia lapan dan enam tahun berada di dalam kereta sebelum mangsa hilang tanpa disedari.

Ketua Balai Bomba Jengka, Raja Mohd Arif Raja Shamsuddin berkata, may’at mangsa ditemukan kira-kira pukul 10.37 pagi hari ini oleh pasukan mencari dan menyela’mat. “Ma’yat mangsa yang dalam keadaan tenggel’am ditemui ters’angkut pada reba kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terja’tuh. “

Ma’yat yang dalam keadaan sempurna dan baik itu telah dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital,”katanya di sini, hari ini. Menurut Raja Mohd Arif operasi mencari dan menyela’mat man’gsa dimulakan petang semalam melibatkan bomba, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung sebelum ditangguhkan serta disambung semula hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, berdasarkan sias’atan awal, ayah mangsa menyedari kehilangan mang’sa pada pukul 1 petang apabila man’gsa tiada di dalam kereta.

Katanya, kakak dan abang mangsa yang berada di dalam kereta tidak menyedari man’gsa keluar dari kereta dan semasa kejadian pintu kereta berkenaan terbuka. “Ayah mangsa bersama anaknya telah mencari man’gsa di kawasan sekitar dan menemui kesan tapak kaki kanak-kanak di tepi sungai berhampiran tempat tersebut.

“Ayah man’gsa yang mengesyaki mang’sa terjatuh ke dalam sungai kemudiannya telah meminta bantuan orang kampung untuk mencari mang’sa,”ujarnya. – K! ONLINE .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *