“Aku gera’mlah,..Jika Sampah Buang Merata..Tolonglah jadi rakyat Malaysia yang berguna, jangan jadi sam’pah!” – Ara Johari

ISU SEMASA

PETALING JAYA:

Penyanyi popular, Ara Johari meluahkan rasa kes’al terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab meninggalkan sisa sam’pah merata tempat terutama di kawasan rekreasi pantai dan berkelah di sungai.

Tegas Ara, segala bekas makanan ataupun sampah sarap haruslah dibuang di tempat sepatutnya supaya kawasan yang dikunjungi itu kekal bersih.

Tambah penyanyi lagu Bunga itu, segelintir individu yang bersikap sedemikian disifatkan sebagai perbuatan yang tiada sivik jika masih tiada kesedaran untuk bersama-sama menjaga alam sekitar.

“Kamu semua nak pergi mendaki atau berkhemah di air terjun sana, pastikan selepas makan dan minum, sampah itu bawalah turun ke bawah semula.

 

“Selepas itu, buang di tempat yang sepatutnya. Kalau tidak pun, bakar sampah itu sebelum nak gerak.

“Macam mana nak menjaga alam sekitar jika ada lagi jenis manusia yang tiada sivik!” tegasnya di Instastory.

 

Mengulas lanjut, dia turut meluahkan rasa kecewanya sementelah keindahan kawasan rekreasi berkenaan kini sudah dikotorkan dengan sampah sarap.

“Aku geramlah, kita ini nak mendaki dan berkhemah kerana nak melihat keindahan alam sekeliling serta hirup udara segar. Tetapi jika sampah buang merata, kau rasa tak sakit mata ke orang tengok?

 

“Kau ingat dekat atas itu ada tukang bersih ke nak kemaskan untuk kau? Tolonglah jadi rakyat Malaysia yang berguna, jangan jadi sampah!” ujarnya lagi.

Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial beberapa keping gambar dan video yang memaparkan banyak sampah sarap bertaburan di kebanyakan kawasan rekreasi oleh perbuatan segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *