Kantoi Gf Curang? Pemuda Kec’ewa, Kekasih Diam2 keluar Bersama Lelaki

ISU SEMASA

 

Kata orang Cinta datangnya dari satu hati ke satu hati yang lain namun,apa ertinya jika terdapat tiga atau lebih hati dalam sesebuah percintaan itu?

Terbaharu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pemuda ‘mengantoikan’ seorang gadis dipercayai kekasihnya yang keluar bersama lelaki lain.

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, pemuda tersebut membuat rakaman sebelum terus mendekati pasangan itu di sebuah tempat letak kereta yang dipercayai baru selesai membeli-belah.

“Inilah Allah nak tunjuk, kantoi curang depan mata. Akhirnya, ni bukan kali pertama tapi kedua. Kawan siap keluar berdua? Tak rasa bersalah ya mainkan hati orang,” tulisnya dalam video itu.

Ketika menghampiri kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna biru dinaiki pasangan terbabit, si gadis bagaimanapun seolah-olah mempersoalkan semula tindakan pemuda berkenaan.

“Kenapa, hang siapa? Ni kawan aku la, kenapa? So what.. apa benda?,” kata gadis itu selepas disoal mengenai gerangan ‘orang ketiga’ oleh pemuda tersebut.

Video dimuat naik @Nano_yuko semalam itu meraih 1.6 juta tontonan setakat ini serta hampir 12,000 reaksi daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap pemuda terbabit.

Menurut netizen, lebih baik meningg’alkan gadis seperti itu yang tidak bersikap setia selain mendoakan pemuda berkenaan agar berjumpa dengan pengganti yang lebih baik.

Kami nak video selanjutnya!

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut seperti pemilik asal video, lokasi dan tarikh yang diperoleh mengenai rakaman tersebut.

 

 

Sumber: TikTok @Nano_yuko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *