[VIDEO] Selama 1 Tahun Hilang Di Lautan , Akhirnya Kapal Selam Ini Muncul

ISU SEMASA

Buenos Aires: Tentera Laut Argentina mendak’wa syarikat yang diupah kerajaan berjaya mengesan kapal selam ARA San Juan kira-kira 800 meter di dasar Lautan Atlantik, setahun selepas ia hilang bersama 44 anak kapal.

Kapal selam San Juan hanya mempunyai baki tujuh hari bekalan oksi’gen ketika kali terakhir ia melaporkan lokasinya pada 15 November 2017.

Kru kapal diarahkan kembali ke pangkalan Mar del Plata yang terletak di pantai timur negara itu selepas ia melaporkan air mulai memasuki kapal melalui snorkel.

Syarikat maritim, Ocean Infinity diupah Argentina untuk mencari dan mengesan lokasi kapal selam itu selepas kegag’alan operasi mencari besar-besaran antarabangsa sebaik saja ia dilaporkan hilang di Lautan Atlantik.

Gambar Ketika Kapal Selam Ini Berlepas Di Pelabuhan Argentina

Ocean Infinity mempunyai kepa’karan untuk mengimbas dasar laut dan pernah terbabit dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

San Juan dilaporkan berada pada kedudukan 430 kilometer di luar pantai Patagonia, Argentina ketika menghantar isyarat terakhir.

Kerana berada terlalu dalam di dasar laut, mungkin mustahil untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku pada kapal selam itu.

Tentera laut juga mengkaji jika kapal selam berkenaan boleh dibawa naik ke permukaan.

Operasi mencari besar-besaran di udara dan laut membabitkan 13 negara dilancarkan 48 jam selepas San Juan dilaporkan hilang tetapi majoritinya menarik diri sebelum hujung tahun 2017.

Beberapa hari selepas kehilangan itu, pegawai tentera laut memberitahu, kapal selam buatan Jerman yang usang itu melaporkan masalah pada bateri pada komunikasi terakhirnya.

Hampir 10 hari kemudian, tentera laut mengesahkan berlaku letupan di kapal yang pakar percaya mempunyai kaitan dengan masalah bateri itu.

Cara tentera laut mengendalikan kejadian itu dike’cam hebat dan beberapa pegawai kanan turut dipe’cat termasuk panglima tentera laut, Marcelo Srur.

Pihak berkuasa membuka siasatan jenayah selepas menerima arahan daripada seorang hakim di Caleta Olivia, sebuah bandar pelabuhan di Patagonia di mana kes maritim biasanya dibicarakan.

Hakim sudah mendengar keterangan daripada 70 individu tetapi mahkamah masih jauh untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku pada kapal selam berkenaan.

 

 

Sumber: HMETRO ONLINE

 

Pihak Khabar Portal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini, la adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *