14 Individu Termasuk Dua Anggota Polis Terlibat Parti Li’ar

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Kejadian berlaku di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan dimana 14 orang individu termasuk 2 anggota polis di tahan ketika asyik berhibur dalam ”Parti Keta’min”.

Kesemua pengunjung terdiri daripada tujuh lelaki dan tujuh wanita warga tempatan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Ketua Jabatan Sias’atan Jena’yah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd. Latif berkata, serbuan dijalankan kira-kira pukul 9.30 malam itu dijalankan atas maklumat dan risikan yang dijalankan berhubung penganj’uran parti lia’r tersebut.

Katanya, siasatan awal pihak polis mendapati penganjur parti lia’r itu adalah seorang lelaki berumur 39 tahun dan bertujuan bertemu kenalan dan seterusnya berhibur.

“Pengunjung yang hadir dijemput melalui panggilan telefon oleh penganjur dan tiada sebarang bayaran dikenakan dan premis disewa oleh penganjur dengan kadar RM220 sehari.

“Hasil semakan identiti, didapati dua daripada 14 orang pengunjung yang hadir adalah anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan daripada Cawangan Tugas Am,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sahar, pemeriksaan di dalam premis terbabit turut menemukan dad’ah jenis ketamin anggaran seberat 5.56 gram bernilai RM834

Ujarnya, parti li’ar itu juga adalah ‘parti keta’min’ kerana semua mereka yang menjalani saringan awal urin didapati positif da’dah itu.

“Semua pengunjung dikenakan komp’aun RM4,000 setiap seorang mengikut Perat’uran 17(1) Akta Pence’gahan dan Pengawalan Peny’akit Ber’jangkit 1988 (Akta 342) (Pelan Pemulihan Negara) (No.2) 2021 dengan jumlah keseluruhan komp’aun berjumlah RM 56,000.

“Kes turut disiasat mengikut Sek’syen 12(2) Akta Da’dah Berba’haya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau den’da tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tambahnya, siasatan turut dilakukan mengikut Sek’syen 15(1)(a) Akta Dad’ah Berba’haya 1952 dan jika sabit kesal’ahan boleh dipenja’ra tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5000 serta pengawasan polis tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Ujarnya lagi, pemilik kediaman dan juga penganjur boleh dikenakan tindakan mengikut Sek’syen 13(c) Akta Dadah Berba’haya 1952 dan jika sabit kesala’han boleh diken’akan denda maksimum RM10,000 atau huk’uman penja’ra selama tempoh maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kita memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terbabit, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti sedemikian.

“Kita turut mohon kerjasama pihak pengurusan hotel, servis apartment dan kondominium untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan aktiviti parti liar,” katanya.

Orang ramai juga yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral ini boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.- UTUSAN ONLINE

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *