Inilah Manfaat Membaca Surah Tarabak (AL MULK)

ISLAMIK

Surah ini merupakan surah ke 67 dan terletak pada permulaan juzuk ke 29.Ia mengandungi 30 ayat.Ia suatu surah yang mempunyai keutamaan yang cukup banyak, seperti yang akan dibawakan pada berberapa hadith di bawah berikut.

1) Ia surah yang akan menjadi syafaat bagi pembacanya. وعن أبي هريرة ـ رضي الله عنه ـ عن النبي ﷺ قال: إن سورة في القرآن ثلاثون آية شفعت لرجل حتى غفر له، وهي: تبارك الذي بيده الملك. رواه أبو داود والترمذي Daripada Sidna Abi Hurairah radiyallāhu’anhu bahawa Rasulullah ﷺ… …bersabda; ” Sungguh ada satu surah yang mempunyai 30 ayat yang akan memberikan syafaat bagi pembacanya sehinggalah ia akan diampuni ia adalah surah “Tabārakalladzi biyadihil Mulk” (Riwayat Abi Dawud dan At-Turmudzi)

 

2)Ia merupakan salah satu surah yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ sebelum tidur عن جابر أن النبي ﷺ قال: كان لا ينام حتى يقرأ (ألم تنزيل) وتبارك الذي بيده الملك. رواه أحمد والترمذي Daripada Sidna Jabir radiyallāhu’anhu bahawa Nabi ﷺ bersabda; Janganlah seseorang itu tidur……sehingga membaca seseorang itu Alif Lam Tanzil (Surah As-Sajdah) dan Tabārakalladzi biyadihil Mulk (Surah Al Mulk) (Riwayat Imam Ahmad dan At-Turmudzi)

3) Ia adalah surah yang menyelamatkan pembacanya dari azab kubur. وعن ابن مسعود ـ رضي الله عنه ـ قال: يؤتى الرجل في قبره فتؤتى رجلاه فتقول رجلاه: ليس لكم على ما قبلي سبيل، كان يقوم يقرأ بي سورة الملك، ثم يؤتى من قبل صدره ـ أو قال: بطنه ـ فيقول: ليس لكم على ما قبلي سبيل … كان يقرأ بي سورة الملك، ثم يؤتى رأسه فيقول: ليس لكم على ما قبلي سبيل،
>كان يقرأ بي سورة الملك. قال: فهي المانعة تمنع من عذاب القبر، وهي في التوراة: سورة الملك ـ من قرأها في ليلة فقد أكثر وأطيب. رواه الحاكم Daripada Sidna Abdullah ibn Mas’ud radiyallāhu’anhu kata beliau telah mendatangi malaikat azab kepada seorang lelaki di dalam kubur dari arah kakinya, lalu dikatakan kepada malaikat itu ;”Tiada jalan untuk kamu melewatinya dari sini kerana ia dulu membaca surah Al Mulk.” Kemudian malaikat itu mendatanginya dari arah dadanya, lalu… …dikatakan kepada malaikat itu; “Tiada jalan untuk kamu melewatinya dari sini kerana ia dulu membaca surah Al Mulk.” Kemudian malaikat itu mendatanginya dari arah perutnya, lalu dikatakan kepada malaikat itu; “Tiada jalan untuk kamu melewatinya dari sini kerana ia dulu….membaca surah Al Mulk. Kemudian malaikat itu mendatanginya dari arah kepala.Maka dikatakan kepada malaikat itu; “Tiada jalan untuk kamu melewatinya dari sini kerana ia dulu membaca surah Al Mulk.” Kata Sidna Ibnu Mas’ud lagi; “Ia adalah pencegah, iaitu ia mencegah… ..pembacanya dari azab kubur, dan tertulis pada Taurat sesungguhnya sesiapa yang membaca surah Al Mulk pada waktu malam maka ia telah memadai dan mencukupi baginya” (Riwayat Imam Al Hakim)
Semoga kita direzekikan untuk membacanya setiap malam dan dikurniakan perlindungan dari azab kubur serta pahala mencontohi sunnah Rasulullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *