Caprice Mahu Ebit Lew Mohon Ma’af Kepadanya Secara Terbuka

Uncategorized

PETALING JAYA:Usahawan dan penyanyi rap popular ,Caprice memohon agar individu yang sebelum ini mengani’ayanya memohon maaf, beliau tidak menyebut nama hanya memaparkan gambar bersama Ustaz Ebit lew.

Menerusi Instastory di Instagram, Caprice berkata, tidak kisah seseorang itu memakai pakaian apa sekali pun, sebagai manusia kita sememangnya tidak dapat melarikan diri dari melakukan kesi’lapan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu sentiasa menitipkan doa yang terbaik buat insan tersebut dan berharap agar kita semua sentiasa bertau’bat.

“Selepas semua ancaman bunuh, caci maki, ugutan serta bermacam lagi yang saya lalui. Caprice harap dia meminta ma’af secara terbuka kepada saya dan orang lain yang diani’aya.

“Tidak kisahlah kita memakai baju apa, manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan. Caprice mendoakan agar dia dan kita semua sentiasa bertaubat. Allah sayang,” tulisnya ringkas di Instastory.

Terdahulu, kontroversi yang melibatkan kedua figura sebelum ini sememangnya telah menjadi bualan ramai apabila melibatkan isu misi kemanusiaan di Gaza.

Semalam, satu lagi ujian apabila kontroversi yang melibatkan pendak’wah itu kembali meledak setelah sekali lagi dihimpit dengan dak’waan yang besar iaitu hubung kait dengan dak’waan ser’angan seksua’l.

Kini, warganet masih lagi berteka teki akan kesahihan pendedahan yang dilihat semakin bertebaran luas di media sosial sejak semalam. Perkara tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *