Cara Nak Claim PERKESO Jika Positif Ditempat Kerja

ISU SEMASA

Untuk makluman, pekerja yang disahkan positif covid-19 di tempat kerja atau Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.

Dalam fasa pandemik COVID-19 ni, banyak kita dengar individu-individu yang tertular v’irus ini dari tempat kerja. Ruang kerja adalah salah satu tempat yang paling senang ketularan wa’bak ini kerana keadaannya yang tertu’tup dan faktor ventilasi.

Macam yang kita tahu, individu yang disahkan posi’tif virus tersebut perlu menjalani kuarantin. Sama juga dengan pekerja-pekerja yang tertular wabak di tempat kerja ini, cuma bezanya pekerja boleh menuntut pamp’asan jika perkara ni terjadi.

Mungkin ramai yang masih tak tahu, pekerja yang tertular COVID-19 di tempat kerja boleh mendapat pampasan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Pekerja boleh buat tuntutan ni di bawah Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS).

Menurut PERKESO, faedah ni dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemal’angan. Pun begitu, faedah HUS tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.

Kadar faedah HUS adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari, menurut laman web rasmi PERKESO.

Bagi korang yang tak tahu macam mana nak buat tuntutan berkenaan, pengguna akaun Twitter @taufiqhelios ni kongsi panduannya. Ikuti perkongsian di bawah untuk tahu lebih lanjut.

Cara claim PERKESO jika positif COVID-19

So, siapa yang pernah kena COVID-19 disebabkan close contact di tempat kerja, silalah hantar claim anda ke PERKESO. Pergi download “Borang 34” dan isi apa yang patut.

Lampiran nanti bagi je result test PCR korang, surat kuarantin yang PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) bagi tu, salinan IC dan bank statement. Submit ke pejabat PERKESO terdekat.

Staff aku yang terlibat haritu pakat-pakat hantar. Harini PERKESO dah start call aku nak verify.

Pergi claim. Apa guna carum tapi tak claim. Kalau reason tu okay, dapat la pampasan tu nanti.

Mana nak dapat Borang 34?

Bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang panduan mengisi dan kat mana nak dapat Borang 34, boleh klik pautan ini. Klik pada bahagian FAEDAH dan korang akan nampak ‘Borang Butiran Notis Dan Tuntutan Faedah – Borang 34‘ di senarai pertama.

Di sini juga ada senarai semak untuk Borang 34 yang korang boleh jadikan rujukan masa nak sediakan dokumen nanti. Pastikan dokumen-dokumen ni lengkap untuk memudahkan urusan korang dengan pihak PERKESO nanti.

Semoga bermanfaat. Claim jangan tak claim!

 

 

 

 

sumber : Siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *