TERKINI : Polis Dalam Proses Bawa Sajad Pulang

ISU SEMASA

Kuala Lumpur: Nur Sajjad atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman telah dita’han di Thailand pada 8 september lalu dan sedang dalam proses permohonan untuk dibawa pulang menurut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM )

Pengarah Jabatan Siasatan Jena’yah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjen’ayah buru’an dilaksanakan.

Menurutnya, permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat.

“PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi yang boleh menggang’gu siasatan polis.

“PDRM turut menyeru orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat salah berkaitan isu ini yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan mengg’ugat ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan misteri ‘kehilangan’ Nur Sajat terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditah’an pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Pendedahan eksklusif Harian Metro itu turut mendedahkan bahawa Nur Sajat kini dikenali dengan nama Bella selain memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan pejabat badan itu di Bangkok, Thailand.

Pada 9 September lalu atas kesal’ahan memasuki Thailand secara tidak sah, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan 2,000 dolar Amerika Syarikat (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas dibu’ru pihak berkuasa Malaysia dan diugut bu’nuh kerana umum keluar daripada Islam.

 

 

sumber: Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *