”Saya Nekad Nikah Periuk Nasi, Sebab Putih, Pendiam dan Pandai Masak Berbanding Gadis Diluar ”

ISU SEMASA

JAKARTA – Tular baru-baru ini di media sosial dimana seorang lelaki yang mengambil keputusan untuk menikahi sebuah periuk nasi dan sempat mengongsikan gambar perkawinan di twitter hari ini.

Menurut satu ciapan yang dimuat naik di Twitter @lagidirumah, pengantin lelaki yang bernama Khoirul Anam itu dilihat mengenakan pakaian serba putih sempena majlis ‘pernikahannya’ itu.

“Putih, pendiam dan pandai memasak. Sangat diidamkan,” demikian kenyataan yang ditulis bersama foto-foto tersebut.

Pada foto pertama, Khoirul dilihat memegang periuk nasi itu yang merupakan ‘isteri’ yang selamat ‘dinikahinya’.

Foto kedua pula menunjukkan lelaki itu mengucup periuk nasi tersebut manakala pada foto ketiga pula, dia kelihatan sedang duduk sambil menandatangani sehelai kertas.

Biarpun foto tersebut hanya satu jenaka, aksi Khoirul memec’ah tawa netizen dengan ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi.

“Saya terima nikahnya dengan periuk nasi bersama senduknya,” tulis seorang netizen.

“Sepadan sekali. Anda kelihatan hebat dan ‘pasangannya’ sangat cantik. Nanti anaknya adalah penapis,” kata seorang lagi. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *