2000 Guru Yang Eng’gan Divaksin, Sila Bersedia Untuk Dipindahkan Antara Negeri – Datuk Dr. Radzi

ISU SEMASA

LANGKAWI: KPM akan memutuskan sesiapa guru yang tidak menerima vaksin atau antivaksin akan diambil tindakan dan akan dipindahkan antara negeri.  Pemindahan guru-guru ini ke sekolah atau tempat yang lebih sesuai akan dilihat dari segi keperluannya menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin.

Menurutnya, langkah tersebut diambil bagi memastikan guru terlibat tidak berinteraksi secara langsung dengan murid dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Bagaimanapun, katanya, jumlah guru yang eng’gan menerima vaksin iaitu seramai 2,500 orang sebelum ini berkurangan kepada 2,000 orang dan pihaknya masih menasihatkan mereka supaya divaksin kerana mereka perlu berhadapan dengan murid-murid.

 

“Kita sedang melihat bagaimana nak bawa keluar guru ini dengan menukar mereka ke tempat lebih sesuai dan ini mungkin melibatkan pertukaran antara negeri.“Jumlahnya kecil, tetapi, apabila kita selidik ke tahap setiap sekolah, perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kita akan ambil tinda’kan segera.

 

“Pada peringkat awal, kita nasihatkan supaya mereka divaksin kerana mereka perlu berhadapan dengan murid,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persediaan pembukaan semula sekolah di sini bawah Fasa 4 di Kolej Vokasional Langkawi di sini hari ini.

 

Radzi berkata, hasil data yang diperoleh, pihaknya mendapati terdapat sekolah-sekolah tertentu yang mana semua guru mengajar satu subjek sama tidak mahu divaksinkan.“Jadi bagaimana kita nak teruskan pengajaran dan pembelajaran jika berada dalam konteks tersebut,” katanya.

 

Selain itu, katanya, pihaknya juga telah sekian lama memohon jasa baik guru-guru terlibat untuk mendapatkan vaksin.“Berkaitan tindakan lain, kita menunggu apakah keputusan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) tentang pendekatan yang akan diambil daripada sudut perkhidmatan awam kepada guru-guru ini,” ujarnya.

 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementerian memutuskan untuk membenarkan pelajar tingkatan enam semester dua untuk menghadiri sesi pembelajaran secara bersemuka di semua sekolah di Kedah pada Oktober ini.

 

Jelasnya, walaupun negeri itu masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun, telah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dibuka pada tempoh tersebut.

 

Radzi berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan pelajar terlibat membuat persediaan akhir menjelang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *