Bercinta Empat Tahun , Namun Bakal Suami Pilih Janda Kerja Kelab Malam

ISU SEMASA

JAKARTA – Berke’cai jiwa seorang gadis apabila kekasihnya memilih janda anak satu sebagai isteri ,dan kisah gadis ini tular di media sosial hingga mendapat reaksi daripada para netizen.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok @tetapbesarhati_, gadis itu memberitahu bahawa bekas kekasihnya itu seorang anggota tentera dan mereka sudah bercinta selama empat tahun.

Namun begitu, hubungan mereka berak’hir apabila lelaki itu mengenali janda yang bekerja di sebuah kelab malam ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.

“Kamu memilih untuk mengak’hiri percintaan empat tahun demi mengejar cinta seorang janda yang dikenali di kelab malam. Saya reda tetapi berharap kamu cepat sedar daripada  kesil’apan.

“Saya berharap kamu berubah menjadi lelaki baik dan pol’os seperti dahulu iaitu seorang lelaki yang tidak tahu atau mengenali apakah itu kehidupan malam (berhibur di kelab malam),” tulis keterangan video.

Kisah sedih gadis itu mengundang rasa simpati netizen yang memberi sokongan moral kepadanya.

“Sabarlah, semoga Allah gantikan kehilangan anda dengan jodoh lebih baik,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Jangan hanyut dalam kese’dihan, pasti ada hikmah di sebalik perpis’ahan ini,” komen seorang lagi. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *