Kanak-kanak 4 Tahun Ja’tuh Dalam Longkang Dan Dibawa Aru’s Der’as Belum Ditemui

ISU SEMASA

SHAH ALAM: Kejadian berlaku di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 , dimana seorang kanak-kanak perempuan dikhu’atiri lem’as akibat terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.18 petang dan anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 minit kemudian.

Katanya, seramai 10 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam ke lokasi kejadian.

Turut dihantar ke lokasi ialah empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Tiga Unit Bermotor Bomba (RIM), dua Fi’re Rescue Tender dan satu unit Emergency Medical Res’cue Services (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat  polis, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu dikhuatiri hany’ut dibawa aru’s de’as di dalam longkang terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam memberitahu, pencarian sedang giat dijalankan di lokasi berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *