Bekas Anggota Tentera Ca’bar Keputusan Pemec’atannya Akibat Tolak Vaksin Di Mahkamah Tinggi

ISU SEMASA

KUALA LUMPUR: Pemohonan semakan kehakiman dimana untuk membat’alkan keputusan pihak berkuasa yang meme’catnya, disebabkan beliau eng’gan menerima vaksin.

Dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi hari ini, Wan Ramli Wan Seman turut memohon deklarasi bahawa pemeca’tannya pada 4 Ogos tidak sah dan terbatal selain tiada kesan.

FMT melaporkan pemohon yang bertugas di Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan, dipecat selepas berkhidmat selama 19 tahun.

Beliau juga hilang pencen yang sepatutnya diterima dalam tempoh 16 bulan lagi apabila bersara.

Wan Ramli, 39, menamakan Lt-Kol Sharull Hesham Md Yasin, Lt Mohamad Azammunir Mohd Ashri, Panglima Tentera Jeneral Zamrose Mohd Zain, Angkatan Tentera Malaysia dan kerajaan sebagai responden.

Dalam afidavit menyokong permohonannya yang dilihat FMT, Wan Ramli, yang tinggal di Seremban berkata, beliau tiada rekod masalah disiplin sepanjang berkhidmat di Batalion ke-24.

Katanya, sebagai warganegara dan anggota angkatan tentera, haknya mengikut Perkara 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan telah dica’bul.

Disebabkan peme’catannya, beliau hilang hak untuk mendapat pencen bawah Perkara 147, iaitu hak yang dilindungi mengikut Perkara 13(1).

Wan Ramli sepatutnya bersa’ra pada 20 Januari 2023, tetapi dipecat bulan lalu atas empat kesala’han mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.

Afidavit itu menyebut, Sharull Hesham adalah pegawai memerintah Batalion ke-24, manakala Azammunir pegawai yang menandatangani surat pemec’atan Wan Ramli.

Katanya, kedua-dua mereka adalah di bawah penyeliaan, kawalan, arahan dan undang-undang serta pentadbiran dasar tiga lagi responden.

Pada 3 Julai lalu, Wan Ramli menerima arahan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Perubatan Angkatan Tentera di Kem Rasah.

Beliau bagaimanapun menggunakan hak mengikut perlembagaan seterusnya memilih untuk tidak divaksin.

Susulan itu, beliau disoal siasat termasuk oleh seorang Komander Kompeni, Mejar Noor Azlan, Sharull, seorang doktor dan seorang ustaz.

“Ketika soal siasat itu saya menerima teka’nan hebat dan dimar’ah kerana eng’gan divaksin,” katanya.

Wan Ramli dipec’at pada 10 Julai termasuk atas alasan mengingkari arahan divaksin serta menggunakan bahasa menganc’am atau melawan terhadap pegawai.

Pada 3 Ogos, beliau dimaklumkan mengenai perintah peme’catan baharu berkuat kuasa 26 Ogos.

Wan Ramli turut meminta dikenakan tin’dakan Mahkamah Tentera, tetapi ditolak oleh Sharull, yang katanya menafikan prosedur adil untuknya.

Menurutnya, responden mempertimbangkan perkara yang tidak relevan, menyalah tafsir peruntukan Akta Angkatan Tentera, tidak rasional, berat sebelah dan menind’asnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *