Anak Mangsa Terpaksa Biarkan Ayahnya Rent’ung Dibak’ar Api, Kerana Asap Tebal Dan Sudah Terlalu Uz’ur

ISU SEMASA

KOTA KINABALU:Kejadian berlaku di Kampung Novunsu, Penampang dimana seorang lelaki warga emas rent’ung manakala isterinya melec’ur di beberapa bahagian muka dan badan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, empat anggota keluarga lain yang berada di rumah itu ters’elamat dan tidak mengalami sebarang kece’deraan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zainal @ John Radsung berkata, mang’sa re’ntung dikenali sebagai Godfrey Tozuu Moligan, 90, yang ditemukan di bilik tingkat bawah rumah tersebut.

Beliau berkata, anak man’gsa memaklumkan, keadaan bapanya yang terlalu u’zur menyebabkan man’gsa tidak dapat untuk bergerak bagi menyelamatkan diri.

“Anak mangsa yang menyedari kejadian itu cuba untuk menyela’matkan bapanya tetapi ga’gal kerana asap begitu teb’al dan keadaan terlalu ge’lap.

“Semasa bomba tiba di lokasi kejadian, api sudah mere’bak pada sebahagian dari rumah dua tingkat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isteri mang’sa, Josepha Lojikim, 89, yang mengalami kece’deraan akibat melec’ur di bahagian muka dan badan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Empat mangsa yang terselamat ialah Claulis Tozuu, 68, Charlene Peter @ Peteh, 38, Cassella Peter, 33, dan Rojianah Taimpim, 35.

Zainal berkata, bahagian for’ensik bomba masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca keba’karan.

Tambahnya, api berjaya dikawal daripada mereb’ak pada pukul 4.24 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 5.56 pagi.- UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *