”GST Perlu Dilakukan Secepat Mungkin, Jalan Penyelesaian Bantu Rakyat ” Bosku Najib

ISU SEMASA

KUALA LUMPUR – Cukai barangan dan perkhidmatan merupakan cukai yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, GST perlu dilaksanakan secepat mungkin apabila negara pulih daripada pandemik Covid-19.

“GST perlu dilaksanakan sekiranya (negara) ingin mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata, GST mampu mengurangkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi sekali gus dapat menarik pelaburan asing.

Menurut beliau, GST akan menyumbang kepada fiskal kerajaan dan lebihan pendapatan itu dapat dipulangkan kepada golongan B40 dan M40.

“Kutipan hasil GST boleh diagihkan kepada B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding dengan nilai GST yang mereka bayar,” katanya.

Selain itu, katanya, GST juga menyasarkan ekonomi gel’ap dengan saiz sebesar RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas daripada membayar apa-apa cukai.

“Inilah ketirisan yang paling te’ruk sekali,” katanya. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *