Doakan Kesembuhan Dato’ Ustaz Kazim Elias Mengadu Pe’nat Dan Sa’kit Kepala Hingga Disorong Atas Kerusi Roda

ISU SEMASA

Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias (lahir 28 November 1972) ialah seorang penceramah bebas dan personaliti media Malaysia. Ceramah beliau banyak dimuat naik ke YouTube.

Pasti ramai sedia maklum mengenai kesihatan penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias yang dikatakan dalam keadaan tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Awal bulan lalu, beliau terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu pen’at dan sak’it kepala sebaik selepas pulang menghadiri rakaman program sebuah stesen televisyen di Kuala Lumpur.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram @_inaijari, Ustaz Kazim dilihat berjalan menggunakan tongkat selain turut diso’rong di atas kerusi roda.

Dalam ruangan kapsyen pula menggesa orang ramai agar mendoakan penceramah itu agar kembali pulih seperti biasa.

Berikutan itu, rata-rata netizen mendoakan agar segalanya berjalan lancar dan berharap agar pendakwah kesayangan ramai itu diberi kesembuhan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *