Bekas Pemain Bola Selangor Bambang Pamungkas Ceraikan Isteri Ketika Hamil, Nafi Status Anak Kedua Bukan Darah Dagingnya

ISU SEMASA

Amalia Fujiawati merupakan isteri kepada bekas pemain bola selangor Bambang Pamungkas dimana bekas atlet tersebut merasa ragu mengenai status anak kandungnya dan kini menjadi perbualan yang ha’ngat netizen di media sosial.

Lapor Pop Grid, pasangan tersebut dikhabarkan telah mendirikan rumah tangga pada 2018 sebelum hubungan mereka mula re’tak. Walau bagaimanapun, Bambang dan Amalia membuat keputusan untuk berp’isah secara baik ketika bekas isterinya itu hamil anak kedua.

Perpisahan mereka membuatkan bekas isterinya berasa geram kerana Bambang mungkir janji dan tidak bertanggungjawab terhadap anaknya. Selain itu, dia juga pernah berjanji untuk memberi nafkah bulanan, berjumpa sebulan sekali dan membuat panggilan video dua kali seminggu kepada anaknya

Namun, wujudnya dakwaan yang mengatakan anak keduanya itu bukanlah darah daging bekas pemain bola sepak berkenaan membuatkan Amalia nekad untuk melakukan ujian DNA untuk membuktikan bahawa anak itu adalah anak kandung mereka berdua.

 

Hasil ujian DNA mendapati bahawa anak tersebut merupakan anak kepada Bambang, namun bekas atlet terbabit terus menafi’kan status anak kandungnya itu.

Saya harap Bambang mena’matkan drama ini. Hati Bambang sebenarnya tahu yang anak-anak itu adalah anak kandungnya.

Dalam pada itu, pihak mahkamah memutuskan bahawa status anak mereka gagal dibuktikan kerana mereka telah berkahwin secara rahsia tanpa wali dan dikurniakan dua orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan tersebut.

Anak tersebut tak terbukti anak dari kedua belah pihak. Maka tuntutan hak asasi anak dan mata pencarian anak ditolak oleh panel hakim.

 

 

Sumber : Suara.comPop Grid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *