‘Kami Pilih Cara Lain, Mungkin Pemakanan Sunnah’ : Jawapan Mohd Suhaimi bin Saad Apabila Disoal Netizen Ambil Vaksin Atau Tidak

ISU SEMASA

 

Amalan pemakanan sunah, homopati dan melakukan rawatan -rawatan lain merupakan alternatif lain sebagai pelindung diri daripada terkesan jangkitan Covid-19  ujar Mohd Suhaimi bin Saad

Ujar pemilik nama Mohd Suhaimi bin Saad, dia dan isterinya memilih alternatif yang lain sebagai ‘pelindung diri’ daripada terkena jangkitan Covid-19 termasuklah mengamalkan pemakanan sunah, homopati dan melakukan rawatan-rawatan yang lain.

 

Sebenarnya soalan ini agak kelakar, sebab boleh dikatakan satu malaya dah tahu kan. SS ini dilabelkan sebagai anti vaksin walaupun sebenarnya kitaorang tak anti pun. Cuma kitaorang tidak memilih cara atau ikhtiar itu kitaorang pilih cara lain mungkin pemakanan sunah homopati dan rawatan-rawatan alternatif yang lain.

Mengulas lebih lanjut, suami kepada Ina Naim turut menjelaskan setakat ini mereka masih belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan tidak mempunyai niat untuk mendapatkannya.

So setakat ini, belum lagi InsyaAllah tak ada niat untuk ambil vaksin. Wallahualam semunya kita serahkan kepada Allah S.W.T. kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar mudah-mudahan Allah telah tetapkan satu ketetapan ataupun takdir yang terbaik untuk kita sama ada ambil vaksin ataupun tak ambil vaksin.

Terdahulu, Suhaimi Saad menceritakan akaun Instagramnya (IG) telah disekat selama 30 hari berikutan aktif berkongsi mengenai isu vaksin dan kerajaan.

@mosusofficial

Reply to @leecooper36 #ambil #vaksin tak?

♬ original sound – Suhaimi Saad – Suhaimi Saad

 

 

sumber : Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *