Semua Penjawat Awam, WA’JIB Mengambil Suntikan Vaksin Covid-19 , Sebelum 1 Nov 2021 , Jika Ga’gal Akan Dikena’kan Tinda’kan Tatat’ertib Serta Merta

ISU SEMASA

PUTRAJAYA – Semua pegawai perkhidmatan awam persekutuan diwajibkan mengambil suntikan vaksin Covid-19 dan perlu segera mendapatkannya sebelum 1 Nov, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

JPA dalam satu kenyataan berkata, ketika ini, kelompok penjawat di seluruh negara yang masih belum mendaftar untuk divaksin adalah seramai 16,902 orang.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memberikan keyakinan dan jaminan kepada orang awam serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

“Ia juga selari dengan usaha untuk mengembalikan perkhidmatan kerajaan pada tahap pengoperasian penuh berdasarkan fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November 2021,” kata kenyataan itu hari ini.

JPA memberitahu, dalam tempoh ini, pegawai yang belum divaksin hendaklah hadir secara walk-in ke pusat pemberian vaksin (PPV) yang telah disediakan oleh kerajaan.

“Bagi pegawai yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, pegawai hendaklah mengemukakan kepada Ketua Jabatan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan,” menurut kenyataan.

Tambah JPA, sehingga kini jumlah peratusan pegawai awam persekutuan yang mengambil vaksin telah mencapai hampir 98%, manakala kelompok mereka yang masih belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil iaitu hanya 1.6% iaitu 16,902 orang.

 

 

-K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *