“Assalamualaikum, mak saya telah pergi menghadap ilahi.” – Ali Puteh

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad mening’gal dunia pada usia 64 tahun, awal pagi, hari ini.

Allahyarham menghemb’uskan naf’as terakhir kira-kira jam 11.54 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan.

Menerusi entri Instagram, Ali memaklumkan perkhabaran berkenaan dan meminta warganet mendoakan ar’wah ibu kesayangannya.

“Assalamualaikum, mak saya telah pergi menghadap ilahi.

“Doakan buat mak saya ya semua. Mak, jumpa abang di sana ya,” coretnya ringkas.

Menerusi hantaran terkini, pelawak itu memberitahu Allahyarhamah akan dikebum’ikan di tanah perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, sebelum solat Jumaat.

“Jenaz’ah mak akan dimandikan di Masjid Batu 8 jam 9 pagi dan akan dikebumikan di Sungai Pusu, Gombak, sebelum sembahyang Jumaat. InsyaAllah,” katanya.

Sebelum ini, arw’ah ibu Ali Puteh telah dimasukkan ke zon kritikal (zon merah), pada Selasa lalu kerana ser’angan asm’a.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *