”“Hukum wajib pula merujuk kepada kemestian tanpa sebarang pilihan.. Mengambil Vaksin Covid19” – Mufti Selangor

ISU SEMASA

SHAH ALAM: Seruan kerajaan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 melibatkan kakitangan awam menjadi kewajiban penduduk di negara ini.

Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir berkata, ketetapan itu dibuat menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2021 yang bersidang pada 9 Februari lalu dan turut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Berdasarkan fatwa berkenaan, beberapa perkara perlu difahami oleh masyarakat yang mana huk’um harus kepada orang awam adalah merujuk kepada pilihan sendiri sama ada ingin mengambilnya atau tidak.

“Hukum wajib pula merujuk kepada kemestian tanpa sebarang pilihan yang memberi implikasi berdo’sa jika tidak mengambilnya ke atas golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kerajaan adalah bermaksud kerajaan Malaysia, kerajaan negeri atau ketua agama negeri termasuk pihak berkuasa yang dilantik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Anhar berkata, berdasarkan penjelasan fatwa berkenaan, sesiapa yang telah ditetapkan oleh Uli al-Amri (peme’rintah) bagi mengambil vaksin Covid-19 adalah wajib untuk mendapatkannya.

“Ini termasuk semua guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pegawai masjid dan jurunikah di negeri ini dan seumpamanya,” katanya.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa duka’cita apabila dimaklumkan hanya 203 daripada 873 orang guru KAFA, pegawai masjid dan jurunikah di Selangor hadir pada program vaksinasi khas Covid-19 Frontliner Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Oleh itu, baginda juga bertitah akan meneliti senarai golongan terbabit yang eng’gan menerima sunti’kan vaksin dalam program berkenaan.

– UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *