KJ Ulang Dengan Teg’as Tiada Kema’tian Disebabkan Vaksin Covid-19

ISU SEMASA

Kema’tian disebabkan vaksin Covid-19 sekali lagi Khairy  mene’gaskan bahawa tiada kes kema’tian  yang berlaku.

Khairy ulang tiada kem’atian disebabkan vaksin Covid-19.

KUALA LUMPUR: Tiada kemat’ian yang dicatatkan berpunca daripada vaksin Covid-19.

Menjelaskan perkara tersebut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, segala data mengenai perkara itu akan dimuatnaik laman sesawang Kementerian Kesihatan.

Tambah beliau, orang ramai boleh mengakses data tersebut dengan mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai keber’kesanan dan kesihatan vaksin Covid-19.

“Hari ini kita akan memuat naik dalam laman sesawang berkenaan kesan sampingan vaksin Covid-19 supaya rakyat lihat kesan sampingan se’rius tidak banyak dan setakat ini tiada kemat’ian disebab vaksin Covid-19,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, langkah itu juga bagi memupuk keyakinan dalam kalangan individu te’gar yang menolak vaksin Covid-19, sekaligus memberi maklumat tepat dan terperinci mengenai pelalian itu.

“Saya harap akan lebih ramai lagi yang masih tegar untuk tak mahu terima vaksin akan tampil mendapatkan maklumat terperinci (mengenai vaksin Covid-19).

“Kita sentiasa bersedia untuk memberi maklumat kepada sesiapa pun berkenaan keberkesanan dan kesihatan vaksin Covid-19,” katanya lagi.

Terdahulu, Isnarissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) meminta kerajaan menjelaskan tentang dakwaan ramai pihak yang menjelaskan mengenai kebi’mbangan tentang vaksin Covid-19.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *