“Pesanan kasih sayang Allah buat sahabat baikku, Ustaz Ebit Lew dan seluruh rakyat Malaysia” – Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Lantaran kont’roversi tentang kes gang’guan seksual , kawan baik Ustaz Ebit Liew, iaitu Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria menghulurkan pesanan kasih sayang kepada sahabatnya agar bebas dari dak’waan tersebut.

Menerusi entri Facebook, Laila mencoret panjang sebuah pesanan dan kata-kata nasihat buat figura tersebut serta seluruh rakyat Malaysia.

Menurut Laila, jika segala dakwa’an yang tular sejak kebelakangan itu benar belaka, maka dia menitipkan doa kepada Ilahi supaya membawa keluar Ebit Lew dari segala kesuli’tan yang dihadapinya pada masa ini.

“Pesanan kasih sayang Allah buat sahabat baikku, Ustaz Ebit Lew dan seluruh rakyat Malaysia. Seandainya benar apa yang diperkatakan orang tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkanmu dari segala kesu’litan hidupmu serta kesakitan yang kau tang’gung.

“Sehingga kau melakukan keros’akan sebegini besar. Ketahuilah bahawa ia keros’akan yang besar. Semoga Allah mengampunkanmu dan mengampunkan diriku serta semua rakyat Malaysia.

“Sesunggunya padamu tergalas begitu banyak harapan manusia dan amanah yang perlu dipikul,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, pendak’wah wanita itu turut memohon kepada Allah agar mengajar Ebit dengan kebaikan, jika segala kontro’versi itu adalah fit’nah semata-mata.

Malah, dia juga berpesan kepada sesiapa yang tidak mengetahui isu sebenar dinasihatkan supaya tidak menyokong atau menge’ji kerana kebenaran masih belum dirung’kai lagi.

“Pasti ada ubat dan penawar. Ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat. Terlalu ramai ingin menolongmu. Seandainya ia merupakan fit’nah, semoga Allah mengajarimu dengan sebanyak-banyak kebaikan yang tidak terhitung.

“Buat yang tidak tahu akar umbi dan pengetahuan sangat terhad, maka lebih baik tidak menyokong serta meng’eji. Boleh jadi, tuan puan menyokong walhal sedang menyokong kemungk’aran yang tersembunyi.

“Dan bila mana men’uduh orang lain membuat fitn’ah ke atas Ebit, boleh jadi tuan puan pula sedang memfi’tnah mereka tersebut yang menjumpai kebenaran. Malah, jika benar ada pengetahuan 100 peratus dia tidak melakukannya, bantulah dia keluar dari fit’nah ini,” tulisnya panjang.

Difahamkan, siasatan masih terus dijalankan dan Ebit Lew dipanggil semula ke Bukit Aman, Jumaat lalu untuk mengambil keterangan berhubung isu berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *