China Bina 5000 Bilik Pusat Kuarantin Untuk Pengkunjung Luar Negara Dalam Masa 3 Bulan

ISU SEMASA

BEIJING: Di bandar Guangzhou telah dibina sebuah pusat kuarantin terbesar iaitu bernilai AS$360 juta( Rm1.5 billion )

Pusat kuarantin yang mempunyai 5,000 bilik itu, dibina dalam tempoh tiga bulan.

Berdasarkan laporan media tempatan, pusat kuarantin itu dibina bagi menampung ribuan pengunjung yang tiba dari luar negara.

“Pusat Kesihatan Antarabangsa Guangzhou ditubuhkan di selatan China kerana ibu kota wilayah Guangdong masih merupakan pusat utama bagi pengguna perkhidmatan penerbangan antarabangsa.

“Pengunjung boleh menjalani kuarantin selama 14 hari di kemudahan ini,” jelas laporan tersebut.

Menurut laporan media GICexpat, pelbagai keperluan ditawarkan di pusat kuarantin termasuk penghuni akan menerima makanan dan minuman setiap hari yang dihantar oleh robot.

“Dengan kemudahan ini, China bersedia untuk menerima pelancong baharu dari luar negara,” jelas laporan itu.

Sebelum ini, ANTARA melaporkan, pusat kuarantin itu dibina di kawasan seluas 250,000 meter persegi.

Kemudahan itu dibina dengan melaksanakan prosedur kuarantin yang lebih ketat berbanding bilik pengasingan di hospital dan hotel yang sedia ada di China semasa pandemik Covid-19. – ANTARA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *