Trend Murid Puk’ul Guru Untuk Raih Jutaan Penonton Di TikTok

ISU SEMASA

LANCASTER, CAROLINA SELATAN –  Menurut laporan akhbar Daily Star , trend menyer’ang guru oleh murid semakin menjadi-jadi kerana terpenga’ruh dengan TikTok ,kini semakin berleluasa di negeri Carolina Selatan ,AMERIKA Syarikat [AS].

Sekurang-kurangnya seorang guru di negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) diser’ang murid kerana mereka terpeng’aruh dengan trend terbaharu TikTok yang memerlukan pelajar memuk’ul kakitangan sekolah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sekolah Daerah Lancaster mengeluarkan am’aran mengenai trend terbaharu yang menul’ar dalam kalangan pelajar itu selepas seorang guru dipu’kul pada bahagian belak’ang kep’ala oleh murid di sekolah.

“Terdapat kes pelajar sekolah rendah menye’rang seorang guru dengan memu’kul bahagian kepa’la guru tersebut.

“Sikap sebegini adalah sama seperti mencuri serta merosa’kkan harta benda awam, dan ia bukan satu gur’auan, sebaliknya tindakan jen’ayah,” kata Pengarah Keselamatan Sekolah dan Perkhidmatan Pengangkutan, Bryan Vaughn.

Tambah Vaughn, mana-mana pelajar yang didapati menyer’ang pekerja sekolah secara fizikal perlu bertanggungjawab dari segi undang-undang dan polisi sekolah.

Dalam pada itu, beberapa sekolah lain di AS turut mengeluarkan ama’ran mengenai trend berbahaya itu susulan terdapat banyak video memaparkan trend itu menjadi tular.

“Memukul guru adalah perbuatan yang amat seriu’s. Kami tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan ini kerana ia boleh membawa kepada akibat yang serius,” kata jurucakap sekolah-sekolah awam di Pittsburgh, Ebony Pugh. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *