Lelaki Ma’ut Ditemui Tergan’tung Pada Sebatang Pokok Aki’bat Alami Kemu’rungan

ISU SEMASA

TELUK INTAN:  Kejadian berlaku di Ladang Selinsing Changkat Petai , dimana pihak polis telah menemuk’an ma’yat lelaki yang mengalami kemu’rungan yang dilaporkan sejak selasa lalu di tepi Sungai Chikus.

Mayat lelaki berusia 36 tahun itu ditemukan dalam keadaan tergant’ung pada pokok kira-kira empat kilometer dari lokasi motosikalnya ditinggalkan di kawasan kebun kelapa sawit di Alor Bakong, Langkap.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, may’at lelaki terbabit yang dijumpai pada pukul 2.30 petang telah dica’mkan oleh ahli keluarganya.

“Ma’yat lelaki itu ditemui tergantung dengan tali pada sebatang pokok iaitu pada jarak empat kilometer dari tempat motosikalnya ditinggalkan.

“Lelaki itu dipercayai telah mening’gal dunia sejak tiga hari lalu disyaki bun’uh diri berdasarkan keadaannya ketika ditemukan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan telah dijalankan di lokasi kejadian oleh pasukan forensik dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“May’at lelaki itu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk be’dah sia’sat dan kes disia’sat semula di bawah ma’ti meng’ejut untuk mengenal pasti punca kemat’ian,” katanya.

Lelaki itu dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumahnya di Taman Desa Maju Perak dekat Langkap sejak Selasa lalu.

Kehilangan lelaki itu disedari isterinya kira-kira pukul 1 petang hari yang sama sebelum wanita itu dimaklumkan oleh abang man’gsa yang menjumpai motosikal dan telefon bimbit adiknya di kawasan kebun kelapa sawit Alor Bakong, kelmarin.

Tempat barang mangsa dijumpai kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

 

 

 

sumber : UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *