“51 tahun hidup, Saya Hanya Bernikah Sekali Saja Dengan Isteri Saya, Kami Bahagia” – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

ISU SEMASA

KUALA LUMPUR – Selebriti terkenal iaitu, Era Fazira didakwa berni’kah dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu iaitu Menteri Belia dan sukan, namun  beliau menafikan dak’waan tersebut

Ahmad Faizal turut menega’skan bahawa, seumur hidupnya beliau hanya pernah bernikah sekali dan amat bahagia bersama isteri serta anak-anaknya.

saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itu pun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya” katanya.

Perkara itu dimaklumkan semasa beliau menjawab soalan oleh Senator Datuk Razali Idris yang mahu mendapat kepastian susulan tular dak’waan kononnya Ahmad Faizal bernikah dengan Erra Fazira.

Meskipun pada mulanya, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim tidak membenarkan Ahmad Faizal menjawab soalan itu kerana di luar skop tumpuan, Ahli Parlimen Tambun itu tetap menjawab soalan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, tular di media sosial kononnya Erra Fazira sudah berkahwin dengan Ahmad Faizal sekaligus menjadi isteri kedua bekas Menteri Besar Perak itu. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *