Mahkamah Tinggi Arah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Dibenarkan Ke Luar Negara Walaupun Berhadapan Banyak Kes Ra’suah

ISU SEMASA

SHAH ALAM: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah diberikan pasportnya semula dan dibenarkan ke luar negara oleh pihak Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal ketika ditemui memberitahu, Hakim, Datuk Mohd. Yazid Mustafa membenarkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendapatkan semula pasportnya yang dita’han susulan pend’akwaan terhadapnya berhubung kes ra’suah berkaitan projek Visa Luar Negara (VLN).

Beliau yang mewakili Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memaklumkan permohonan sama dibuat anak guamnya itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada minggu lepas.

“Kebenaran ini tidak menangguhkan tarikh perbicaraan sedia ada, sebaliknya beliau akan mendapatkan raw’atan selepas perbicaraannya,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zaidi menambah kebenaran untuk ke luar negara tertakluk kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid memohon pasportnya dikembalikan semula bagi membolehkan beliau ke luar negara untuk mendapatkan rawa’tan masalah slip disc yang dialaminya di Jerman.

Perbicaraan beliau sebelum ini tertangguh kerana menerima rawa’tan di Hospital Avisena di sini akibat sa’kit belakang, namun bersambung semula pada 28 September lalu.

Mohd. Yazid sebelum ini turut menetapkan perbicaraan Ahmad Zahid diteruskan selama lima hari pada 22 Oktober, 18 hingga 19 November dan 20 hingga 24 Disember.

Ahmad Zahid yang pernah menjadi Menteri Dalam Negeri pada 2013 hingga 2018 itu berhadapan 40 pertu’duhan di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana menerima suapan berjumlah S$13.56 juta sebagai dorongan bagi dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melanjutkan kontrak sebuah syarikat sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Bagi tujuh pertuduhan lain, beliau didakwa mendapat untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai S$1,150,000; RM3,000,000; 15,000 euro dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights, antara Jun 2015 dan Oktober 2017. -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *