Basikal lajak: Pihak pendak’waan Tak Puas Hati , Kerana Tertu’duh Dibe’bas Dan Dilep’askan , Kini Failkan Rayuan

ISU SEMASA

JOHOR BAHRU – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan rayuan berhubung pembebasan seorang jurujual daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kema’tian lapan remaja berbasikal lajak empat tahun lepas.

Rayuan berkenaan difailkan Penolong Pegawai Undang-Undang, Pejabat Penasihat Undang-Undang Johor, Nurrul Azrina Arza dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali di kaunter Mahkamah Majistret/Sesyen, Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini pada pukul 9.15 pagi tadi.

Turut hadir, Pegawai Penyiasat Trafik Johor Bahru Selatan, Asisten Superintenden Mohd. Yusop Mohd. Ali dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan.

Pendak’waan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Muhammad Syafiq ketika ditemui pemberita memberitahu, rayuan berkenaan difailkan hari ini susulan arahan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, semalam.

“Apabila failkan notis rayuan, kita akan terima rekod rayuan, kemudian kita fail petisyen rayuan. Selepas ini, kita tunggu tarikh daripada mahkamah untuk perbicaraan rayuan tersebut,” katanya.

Ahad lalu, Mahkamah Majistret di sini membebas dan melepaskan Sam Ke Ting, 26, daripada pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kema’tian lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam pada pukul 3.20 pagi, 18 Feb 2017.

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pend’akwaan ga’gal membuktikan terdapat kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap wanita berkenaan. -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *