Makcik Datang Dari jauh Semata-mata Nak Jumpa Anak Tapi Dihalau

ISU SEMASA

Melahirkan dan membesarkan anak-anak hingga dewasa merupakan kesungguhan yang besar dan pengorbanan seorang yang bergelar Ibu.  Namun, ada sesetengah diluar sana yang tidak menghargai dan malah mengabaikan ibu merukan

SUNGGUH besar sekali pengorbanan ibu dalam melahir dan membesarkan kita sehingga dewasa. Malangnya masih ada segelintir individu yang mengabaikan ibu mereka seolah-olah wanita itu tidak pernah wujud dalam hidup mereka.

Begitulah kisah yang terjadi terhadap seorang warga emas dari Indonesia yang dihalau oleh anaknya sendiri.

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, warga emas itu dilihat sedang menangis keseorangan di sebuah kedai makan.

Setelah diselidiki, warga emas itu datang dari Jamber ke Bali semata-mata ingin berjumpa dengan anaknya kerana terlalu rindu.

Walaupun jarak kedua-dua tempat itu agak jauh, namun dia mengagahkan diri setelah sudah agak lama tidak bertemu anaknya.

Malangnya, setibanya dia di Bali, anaknya bukan sahaja enggan berjumpanya malah menyuruhnya kembali ke kampung.

Ketika ditemui dia hanya mampu menangis dan sedekit kesal dengan tindakan anaknya. Bukanlah wang ringgit yang diharapkan, dia datang bertemu disebabkan terlalu rindu.

Malah, wanita tua itu siap membawa bekalan keropok yang menjadi kesukaan anaknya tetapi apakan daya, semuanya tidak dihargai lagi.

 

 

 

sumber:mysumber maya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *